UJI KEFAHAMAN

TUJUAN
Ujian kefahaman ini bertujuan untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kefahaman anda mengenai sistem pemasangan kotak agihan tiga fasa bagi pepasangan elektrik serta fungsi bagi setiap alat perlindungan yang terdapat di dalam kotak agihan tiga fasa.
 
ARAHAN
Jawab semua soalan di bawah.

SOALAN:

Bahagian A :  Soalan aneka pilihan

Pilih jawapan yang tepat bagi setiap soalan


1.    Fungsi kotak agihan (DB) dalam pemasangan pendawaian elektrik ialah __________

A.    Sebagai pengagih litar akhir dan perlindungan arus lebihan
B.    Sebagai pengawal beban elektrik dan perlindungan arus lebihan
C.   Sebagai pengawal litar pendawaian dan perlindungan arus lebihan
D.   Sebagai pusat segala beban elektrik dan perlindungan arus lebihan                       


2.      Berapakah kadar kepekaan arus yang dibenarkan sekiranya penggunaan pemutus litar bocor ke bumi   kendalian arus (RCCB) bagi litar lampu dan litar kuasa di dalam pendawaian satu fasa dan tiga fasa ?

A.    100A dan 30A
B.    100A dan 500A
C.   100mA dan 30mA
D.   300mA dan 500mA                                                                                                  

Bahagian B : Soalan jawapan pendek

Jawab semua soalan dengan mengisi jawapan pada ruangan yang disediakan.


1.      Nyatakan DUA (2) jenis alat perlindungan yang terdapat di dalam kotak agihan tiga fasa?

       a.       ………………………………………………………………………………………………

       b.       ……………………………………………………………………………………………….


2.    Terangkan maksud bagi perlindungan arus lebihan?

       ……………………………………………………………………………………………….……

       …………………………………………………………………………………………………….

Bahagian C : Isi tempat kosong

Jawab semua soalan dengan mengisi jawapan pada ruangan yang disediakan. 


1. Bilangan beban maksima bagi satu litar lampu adalah sebanyak __________ beban .                                      

2. Litar soket alir keluar 13A dilindungi oleh RCCB yang mempunyai nilai kepekaan  __________.